LAMAN WEB WAQFEYA DALAM MEMELIHARA KEASLIAN KITAB DAN SUMBER ILMU PENGETAHUAN ISLAM

Authors

  • Muhammad Naqib Md Nafi
  • Muhammad Syauqi Md Sham
  • Abdulloh Salaeh
  • Nidzamuddin Zakaria
  • Nurul Izzatul Huda binti Mohamad Zainuzi
  • Syed Najihuddin Syed Hassan
  • Ahmad Zaidi Abdul Majid

Abstract

Laman web waqfeya digunakan secara meluas oleh ahli akademik dan para sarjana moden Islam dalam mengkaji bidang ilmiah Islam. Laman sesawang ini telah dibangunkan oleh Yayasan Maktabah al-Waqfiyyah al-Islamiyyah pada tahun 2005 dan memuatkan lebih 10000 kitab serta dari pelbagai bidang dalam bentuk fail PDF. Teknologi digital seperti laman sesawang Waqfeya ini sangat penting dalam menyimpan maklumat dan manuskrip Islam dari pelbagai zaman dan tempat. Antara masalah yang dihadapi oleh pengkaji Islam adalah kesukaran dalam mencari sumber bacaan fizikal kerana longgokan buku dan dipinjam oleh pengkaji lain. Selain itu, sumber asal bagi sumber bacaan fizikal seperti buku-buku turath yang telah mengalami kecacatan yang menyebabkan pelajar dan pengkaji Islam sukar mendapat akses terhadap rujukan Islam yang terdahulu. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan menelusuri kadar penggunaan laman web Waqfeya serta menganalisis keberkesanan laman web ini kepada pengguna dari sudut kesahihan, ketelusan dan kekukuhan terhadap bahan-bahan kajian berkaitan Quran dan Sunnah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan mengaplikasikan kaedah pemerhatian terhadap penggunaan laman web Waqfeya. Dapatan kajian ini adalah untuk menguji tahap kesesuaian pelajar apabila menggunakan Waqfeya. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi kemudahan kepada pelajar dan pengkaji dalam mencari sumber rujukan. Kesimpulannya, umat Islam dapat menerima manfaat yang besar serta penyelidikan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan cepat bagi tujuan kajian ilmiah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Muhammad Naqib Md Nafi, Muhammad Syauqi Md Sham, Abdulloh Salaeh, Nidzamuddin Zakaria, Nurul Izzatul Huda binti Mohamad Zainuzi, Syed Najihuddin Syed Hassan, & Ahmad Zaidi Abdul Majid. (2024). LAMAN WEB WAQFEYA DALAM MEMELIHARA KEASLIAN KITAB DAN SUMBER ILMU PENGETAHUAN ISLAM. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2084