EKSPLORASI PUSAT PENDIDIKAN ANAK ISTIMEWA: KAJIAN DI BEBERAPA PUSAT TERPILIH DI KUANTAN

Authors

  • Zati Nazifah Abdul Rahim
  • Noornajihan Ja’afar
  • Nurul Asiah Fasehah Muhamad
  • Helimy Aris

Abstract

Anak-anak istimewa juga memerlukan pendidikan yang khusus meskipun tidak seperti anak-anak yang normal. Justeru, tertubuhnya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang telah menjadi pusat untuk menyantuni anak-anak istimewa dengan penjagaan dan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Sehubungan dengan itu, objektif kajian eksplorasi ini adalah untuk meninjau dan memahami tiga aspek utama iaitu; 1- Program dan pengisian; 2- Sistem sokongan; dan 3- Kemudahan dan infrastruktur di setiap PDK yang terpilih di Kuantan, Pahang. Metodologi penyelidikan kualitatif deskriptif digunakan dalam kajian ini dimana data diperoleh melalui temu bual bersama penyelia dan petugas, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan setiap PDK menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyantuni anak-anak istimewa ini, bergantung kepada variasi metod yang digunakan oleh setiap petugas. Namun setiap program dan pengisian masih mengikut garis panduan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beberapa cadangan penambahbaikan juga dapat dikenalpasti terutamanya daripada aspek kemudahan dan infrastruktur sedia ada yang kurang memuaskan atas faktor kekangan kewangan dan sebagainya. Implikasi hasil kajian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang keperluan anak-anak OKU dalam konteks pendidikan, serta menyediakan sokongan yang lebih baik bagi perkembangan mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Zati Nazifah Abdul Rahim, Noornajihan Ja’afar, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, & Helimy Aris. (2024). EKSPLORASI PUSAT PENDIDIKAN ANAK ISTIMEWA: KAJIAN DI BEBERAPA PUSAT TERPILIH DI KUANTAN. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2082