ANALISIS MANHAJ DABT DALAM SURAH AL-BAQARAH: KAJIAN MANUSKRIP AL-QURAN MSMA021 KOLEKSI PUSAT MANUSKRIP NARATHIWAT

Authors

  • Idi Bin Hamdi
  • Abdulloh Salaeh
  • Amran Abdul Halim
  • Syed Najihuddin Syed Hassan
  • Nidzamuddin Zakaria
  • Norhasnira Ibrahim

Abstract

Manuskrip Melayu adalah salah satu hasil seni dan bukti keunggulan serta kehebatan daya cipta masyarakat Melayu tradisional zaman dahulu, Antara kandungan manuskrip yang kerap ditulis adalah tentang kehebatan sesebuah kerajaan dan lain–lain. Dabt juga adalah suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan metode penandaan huruf-huruf al-Quran. Disiplin ilmu ini berlandaskan hukum baik dari sudut bentuk tajwidnya. Fokus utama penelitian ini adalah Analisis Manhaj Dabt dalam Surah al-Baqarah: Kajian Manuskrip al-Quran MSMA021 Koleksi Pusat Manusrip Narathiwat tulisan tangan yang terdapat di Narathiwat, Thailand. Kaedah kajian ini mengguna pendekatan filologis. Metode yang digunakan sepanjang penelitian ini adalah metode pengumpulan data melalui metode dokumentasi dengan menganalisis teks al-Quran MSMA021. Hasil penelitian yang diperolehi pada analisis pengetahuan dabt dalam naskah al-Quran MSMA021 jelas menunjukkan penulisan dabt mushaf al-Quran MSMA021 tidak mengikuti metode pengetahuan dabt yang sebenarnya seperti harakat lengkap, tanwin, mad, sabdu, sukun dan hamzah, tetapi lebih sesuai dengan pola penulisan normal. Sebagai hasil dari temuan penelitian ini, penulis mengajukan proposal agar penelitian ini dapat dilakukan secara seterusnya pada surah al-Quran lainnya di Perpustakaan Negara Malaysia yang belum dikaji secara komprehensif yang berasal dari dunia Melayu. Oleh kerana itu, naskhah al-Quran ini merupakan naskhah besar yang akan meningkatkan harakat dan martabat tulisan para ulama terdahulu secara akademik dan lebih berwibawa kepada generasi digital khususnya dalam bidang al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Idi Bin Hamdi, Abdulloh Salaeh, Amran Abdul Halim, Syed Najihuddin Syed Hassan, Nidzamuddin Zakaria, & Norhasnira Ibrahim. (2024). ANALISIS MANHAJ DABT DALAM SURAH AL-BAQARAH: KAJIAN MANUSKRIP AL-QURAN MSMA021 KOLEKSI PUSAT MANUSKRIP NARATHIWAT. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2081