PENDEKATAN QIRĀ’AH MUBĀDALAH TERHADAP AYAT-AYAT BERKAITAN EMANSIPASI WANITA: ANALISIS KARYA DR. FAQIHUDDIN ABDUL KODIR BERJUDUL ‘PEREMPUAN (BUKAN) SUMBER FITNAH’

Authors

  • Sitinorkhadijah Binti Abdullah Sani
  • Muhamad Alihanafiah Norasid
  • Mohd.Sobri bin Ellias
  • Mohd Manawi Mohd Akib

Abstract

Perjuangan hak asasi wanita sering digembar-gemburkan oleh pihak berhaluan feminisme dan pro-kebebasan wanita sehingga membawa kepada salah faham terhadap kefahaman ayat suci al-Quran. Bahkan perjuangan emansipasi wanita ini telah berjaya ditonjolkan oleh beberapa ilmuwan dalam usaha memberi hak dan keadilan wanita menurut versi feminis menerusi karya mereka. Kajian ini bertujuan meneliti pentafsiran ayat al-Quran berkaitan emansipasi wanita yang terdapat dalam karya Perempuan Bukan Sumber Fitnah yang dikarang oleh Dr Faqihuddin Abdul Kodir dengan menggunakan pendekatan Qirā’ah Mubādalah. Penelitian terhadap tafsiran ayat al-Quran berkaitan emansipasi wanita ini wajar dirungkai berasaskan kerangka pentafsiran ulama’ muktabar. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan analisis diskriptif berdasarkan sorotan literatur daripada pelbagai artikel yang telah melalui proses semakan untuk tujuan penerbitan. Hasil dapatan umum mendapati bahawa metode mubādalah tidak boleh digunakan pada keseluruhan ayat berkaitan emansipasi wanita, namun boleh digunapakai pada ayat-ayat tertentu sahaja berkaitan emansipasi wanita. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah ayat berkaitan emansipasi wanita, pentafsiran yang terbina berasaskan metode mubādalah didapati selari dengan pentafsiran ulama’ muktabar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Sitinorkhadijah Binti Abdullah Sani, Muhamad Alihanafiah Norasid, Mohd.Sobri bin Ellias, & Mohd Manawi Mohd Akib. (2024). PENDEKATAN QIRĀ’AH MUBĀDALAH TERHADAP AYAT-AYAT BERKAITAN EMANSIPASI WANITA: ANALISIS KARYA DR. FAQIHUDDIN ABDUL KODIR BERJUDUL ‘PEREMPUAN (BUKAN) SUMBER FITNAH’. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2079