KAJIAN HADIS-HADIS BERKAITAN BERSIN MENURUT SUNNAH NABI MUHAMMAD

Authors

  • Muhammad Zuhdi Azman
  • Mohd Izzuddin Berzanji
  • Muhammad Fahmy Ariffin
  • Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan

Abstract

Hadis mempunyai kedudukan yang tinggi iaitu sebagai salah sau sumber panduan bagi umat islam. Untuk seseorang itu memahami gaya hidup serta sunnah-sunnahnya, mereka perlu merujuk pada hadis bagi mendapatkan penjelasan. Artikel ini ditulis bertujuan untuk mengenenahkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad dari hadis-hadis yang sahih, sepertimana yang dianjurkan islam. Selain itu, kajian ini berfokus dalam mengkaji hadis-hadis yang khusus berkenaan bersin dari dua dua kitab utama di dalam bidang hadis iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kajian ini dilakukan secara terperinci untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap hadis-hadis tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, di mana para pengkaji merujuk kepada kajian-kajian lepas seperti disertasi, artikel dan buku-buku yang berautoriti dalam mendapatkan pemahaman jelas terhadap hadis-hadis tersebut. Lapan hadis telah dipilih dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan dibahagikan mengikut subtopik yang berbeza. Kajian ini bukan saja disasarkan kepada pelajar-pelajar hadis malah masyarakat umum juga. Ia bertujuan bagi menyebarkan salah satu sunnah nabi yang kadang dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Oleh itu, kajian ini ingin bukan sahaja kepada pelajar Quran dan Sunnah malah untuk masyarakat umum, dengan harapan untuk membangunkan sunnah-sunnah yang warid dari nabi Muhammad dan yang makin dilupakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Muhammad Zuhdi Azman, Mohd Izzuddin Berzanji, Muhammad Fahmy Ariffin, & Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan. (2024). KAJIAN HADIS-HADIS BERKAITAN BERSIN MENURUT SUNNAH NABI MUHAMMAD. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2077