KAJIAN RINTIS APLIKASI INVENTORI HAQAT DALAM HAFAZAN AL-QURAN TERHADAP MURID MUBTADI’

Authors

  • Fatin Husna Zaidi
  • Noornajihan Ja’afar

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kajian rintis aplikasi inventori HAQAT dalam hafazan al-Quran terhadap murid tahfiz di peringkat permulaan atau mubtadi’. Inventari HAQAT yang dibina adalah berkaitan penerapan kaedah asas hafazan yang melibatkan kaedah talaqqi dan musyfahah, tikrar, tasmik dan murajaah. Pembinaan inventori HAQAT ini melibatkan empat tahap iaitu penentuan, pembangunan, penggunaan, dan penyesuaian yang diaplikasikan melalui kajian rintis selama dua minggu. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Peserta yang dipilih merupakan lima orang pelajar tingkatan 1 dan 2 yang baru dalam bidang hafazan di Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani (MTISI), Nilai. Instrumen yang digunakan ialah temu bual separa berstruktur dan penilaian ujian lisan seebelum dan selepas ujian. Ujian sebelum dan selepas penggunaan inventori HAQAT dijalankan kepada mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan daripada aspek kemahiran hafazan daripada aspek kadar kelancaran, hasil ujian selepas menggunakan inventori HAQAT menunjukkan terdapatnya peningkatan sebanyak 26.5%. Aspek tajwid dan makhraj pula menunjukkan peningkatan 29.9%. Walau bagaimanapun, peratusan bagi aspek fasohah sebelum dan selepas mengaplikasikan inventori HAQAT mencapai 42.5%. Justeru, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya kesan pengaplikasian inventori HAQAT dalam hafazan al-Quran bagi murid tahfiz peringkat mubtadi’.

Downloads

Published

2024-07-31