KAJIAN METODOLOGI TAFSIR AL-AZHAR KARANGAN BUYA HAMKA

Authors

  • Muhammad Shollehin Mamat Pekri
  • Kauthar Abd Kadir

Abstract

Perkembangan ilmu tafsir dilihat telah berkembang dengan begitu pesat sehingga telah sampai keseluruhan alam melayu. Ini menunjukkan bahawa perkembangan dunia islam dalam suatu cabang ilmu telah menjadi pilihan dan panduan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenali dengan lebih mendalam salasilah seorang tokoh agamawan didalam bidang tafsir iaitu Buya Hamka dengan tafsirnya Tafsir Al-Azhar. Antara lain adalah untuk mengenal pasti kaedah atau metodologi tafsiran yang diaplikasikan oleh Buya Hamka dalam menafsirkan ayat al-quran. Metode kajian yang digunakan ialah kaedah berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan teknik pengumpulan data dimana peneliti menelusuri literatur atau disebut dokumentasi data artikel, jurnal atau penulisan yang relevan sebagai rujukan utama. Hasil kajian mendapati Buya Hamka mempunyai latar belakang keagamaan yang sangat utuh bermula diusia yang sangat muda sehingga mempunyai kaedah metodologi tafsiran iaitu bi al-ma'tsur dan penghuraian ayat qaul tabi'in. Kesimpulannya, tafsir Al-Azhar diklasifikasikan sebagai tafsir yang menerapkan elemen tafsiran al-quran dengan al-quran, hadis bersama kalam para mufasirin.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-31

How to Cite

Muhammad Shollehin Mamat Pekri, & Kauthar Abd Kadir. (2024). KAJIAN METODOLOGI TAFSIR AL-AZHAR KARANGAN BUYA HAMKA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(64). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2075