SEJARAWAN NUSANTARA RAJA ALI HAJI (1808 -1873M): SUATU KAJIAN MENERUSI KARYA TERULUNG TUHFAT AL-NAFIS

Authors

  • Nidzamuddin Zakaria
  • Syed Najihuddin Syed Hassan
  • Amran Abdul Halim
  • Abduloh Salaeh

Abstract

Raja Ali Haji tokoh sejarawan Nusantara berketurunan keluarga Kesultanan Johor-Riau yang terkenal di zaman silam. Beliau telah menyumbangkan “hadiah yang sangat berharga” dan pembaharuan bermakna, kepada persuratan dan kesusasteraan Melayu, serta yang terutamanya, pensejarahan Melayu di rantau ini. Antara karyanya yang terulung adalah Tuhfat al-Nafis yang merupakan naskah pensejarahan Melayu terawal di Nusantara ini. Kertas kerja ini memfokuskan kajian terhadap isi kandungan utama Kitab Tuhfat al-Nafis, bahagian-bahagiannya, ciri-ciri pensejarahannya, sumber-sumber rujukannya serta metod Raja Ali Haji dalam penulisannya termasuk ulasan kritisnya terhadap sumber-sumber rujukan kitabnya. Analisa karya sejarah, Kitab Tuhfat al-Nafis ini juga dengan mengenengahkan nilai-nilai kesusasteraan Melayu yang luhur lagi murni.

Downloads

Published

2024-07-31