BAJU BESI WANITA AHLI CEKAK: ANALISIS GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP WANITA BERKERJAYA DI MALAYSIA

Authors

  • Mohd Miqdad Aswad Ahmad
  • Abdul Hafiz Ab Majid
  • Nor Syafiqah Warianto
  • Mohammad Ameir Ihsan Mohd Khori
  • Siti Norsafira Abdul Roni
  • Afiqah Md Asraf
  • Farhana Ayuni Mohd Anuar
  • Nur Helmi Arwizar

Abstract

Gangguan seksual terhadap wanita bekerjaya di Malaysia merupakan isu yang mencabul kehormatan seorang insan bergelar wanita dan memberi kesan serta mengganggu persekitaran tempat bekerja dan tempat awam. Objektif kajian ialah pertama untuk menguji tahap kesedaran tentang masalah gangguan seksual di tempat kerja dalam kalangan pekerja wanita, kedua untuk menganalisis perbezaan pengalaman gangguan seksual terhadap pekerja wanita yang mempelajari ilmu seni pertahanan diri atau tidak, dan ketiga untuk mengkaji kepentingan ilmu Seni Silat Cekak Malaysia kepada wanita bekerjaya. Metodologi kajian ialah kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kaedah kualitatif dalam menjayakan kajian ini. Kaedah kuantitatif dilaksanakan melalui pengedaran soal selidik atas talian yang mengandungi 20 soalan, dan terdapat seramai 60 responden dalam kalangan ahli wanita PSSCM dan wanita lain yang bekerjaya manakala kaedah kualitatif pula dijalankan dengan menemu bual seramai 10 orang pemberi maklumat (informan) yang merupakan pengamal Seni Silat Cekak Malaysia secara atas talian. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa golongan wanita bekerjaya yang mempelajari ilmu Seni Silat Cekak Malaysia bukan sahaja dapat mempertahankan diri mereka daripada serangan seksual ke atas diri mereka, malah memuliakan darjat insan yang disebut wanita daripada dipandang remeh dan menolak stereotaip bahawa wanita itu lemah.

Downloads

Published

2024-06-30