PENINGKATAN KUALITI KESIHATAN MINDA, ROHANI DAN JASMANI MENERUSI AKTIVITI DAN LATIHAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

Authors

  • Mohd Miqdad Aswad Ahmad
  • Abdul Hafiz Ab Majid
  • Noor Maisarah Ghazali
  • Siti Nur Nadirah Riduan
  • Nur Shahira Zawawi
  • Nursyahirah Rusli
  • Muhammad Idlan Bruhanuddin
  • Izzah Aisyah Rozaidy
  • Aisyah Nabihah Mohd Halim

Abstract

Kajian mengenai peningkatan kualiti kesihatan minda, rohani dan jasmani berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh Seni Silat Cekak Malaysia (SSCM). Kepentingan memiliki kualiti kesihatan minda, rohani dan jasmani adalah aspek yang memberikan keseimbangan dalam diri seseorang. Seramai 114 orang ahli silat cekak telah terlibat sebagai responden kajian ini. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui temubual bersama beberapa informan dalam kalangan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Kaedah kajian turut menggunakan borang soal selidik yang dikongsikan kepada ahli PSSCM. Hasil dapatan kajian mendapati penjagaan kesihatan fizikal, minda dan rohani adalah perkara yang harus kita ambil berat dan seimbang dalam kehidupan kita. Penjagaan kesihatan fizikal adalah senaman latihan tangan dan kaki. Senaman tangan dan kaki dapat meningkatkan kekuatan otot kedua belah tangan dan kaki serta menjadikan tangan dan kaki cekap dan tangkas. Penjagaan kesihatan minda merujuk kepada keadaan psikologikal seperti bersemangat ke kelas latihan dan suasana tempat latihan yang tenang, manakala penjagaan kesihatan rohani pula merujuk kepada jiwa serta keimanan seperti alunan selawat badariyah sebelum memulakan kelas dan amalan bersalaman sesama ahli silat. Berdasarkan analisis hasil kajian, majoriti responden mempunyai tahap kesihatan minda, rohani dan jasmani yang baik apabila mereka terlibat dalam aktiviti SSCM. Oleh itu, kajian ini dapat mencapai objektif iaitu untuk mengenalpasti hubungan antara aktiviti Seni Silat Cekak Malaysia dengan penjagaan kesihatan daripada sudut minda, rohani dan jasmani dalam diri ahli silat cekak dan aktiviti SSCM dapat membantu mengurangkan tekanan stres dalam kalangan ahli Silat Cekak.

Downloads

Published

2024-06-30