SHAH WALI ALLAH AL-DIHLAWI: KEHIDUPAN DAN PENCAPAIANNYA SEBAGAI MUJADDID ALF AL-THANI

Authors

  • Mohd Nazri Mat Zin
  • Noraini Junoh
  • Ahmad Murshidi Mustapha

Abstract

Ketokohan al-Dihlawi dalam pelbagai bidang ilmu telah diiktiraf oleh pelbagai sarjana dan dihormati dengan gelaran seperti Imam dan 'Allamah. Beliau dikenali sebagai seorang mujaddid yang berusaha membuka minda masyarakat pada zamannya dengan mengajak umat Islam memahami kesyumulan Islam. Menerusi kajian kualitatif ini, pengkaji meneroka sumbangan besar al-Dihlawi yang merentasi pelbagai bidang ilmu Islam. Antaranya dalam bidang al-Quran, beliau menyumbang melalui penterjemahan dan mentafsirkan al-Quran dalam bahasa Parsi, bahasa rasmi India pada ketika itu. Dalam bidang tafsir, al-Dihlawi mencipta prinsip-prinsip penting seperti hukum ibadah, perbahasan terhadap golongan yang menyeleweng, keagungan Ilahi, baik dan buruk, serta mati dan akhirat. Beliau juga dikenali dalam bidang Hadis dan akidah. Perbincangan yang terperinci berkaitan hikmah dan rahsia Hadis Nabi SAW, bentuk istinbat, dan Usul al-Fiqh. Selain itu, al-Dihlawi menjelaskan pentingnya akidah dan menggalakkan toleransi antara aliran dan mazhab dalam Islam. Beliau juga menekankan pentingnya kembali kepada sumber-sumber asli ajaran Islam, iaitu al-Quran dan Hadis, dan mengangkat kedudukan ijtihad. Al-Dihlawi menggunakan penulisan sebagai kaedah penting untuk membangunkan ilmu pengetahuan dan pemikiran Islam. Selain itu, al-Dihlawi dianggap sebagai seorang mujaddid, yang berusaha untuk menghidupkan semula ajaran agama yang hilang dan membawa pembaikan dalam konteks politik, akidah, ilmu, sosial, dan budaya. Al-Dihlawi merupakan seorang tokoh ulama yang mempunyai pengaruh besar dalam memajukan ilmu dan pemikiran Islam di India. Beliau menggalakkan pemahaman yang benar terhadap al-Quran dan Hadis, menekankan pentingnya akidah, dan berusaha untuk mengembalikan masyarakat kepada ajaran Islam yang sebenar. Ketokohan al-Dihlawi dalam pelbagai bidang ilmu telah diiktiraf oleh pelbagai sarjana dan dihormati dengan gelaran seperti Imam dan 'Allamah. Beliau dikenali sebagai seorang mujaddid yang berusaha membuka minda masyarakat pada zamannya dengan mengajak umat Islam memahami kesyumulan Islam. Menerusi kajian kualitatif ini, pengkaji meneroka sumbangan besar al-Dihlawi yang merentasi pelbagai bidang ilmu Islam. Antaranya dalam bidang al-Quran, beliau menyumbang melalui penterjemahan dan mentafsirkan al-Quran dalam bahasa Parsi, bahasa rasmi India pada ketika itu. Dalam bidang tafsir, al-Dihlawi mencipta prinsip-prinsip penting seperti hukum ibadah, perbahasan terhadap golongan yang menyeleweng, keagungan Ilahi, baik dan buruk, serta mati dan akhirat. Beliau juga dikenali dalam bidang Hadis dan akidah. Perbincangan yang terperinci berkaitan hikmah dan rahsia Hadis Nabi SAW, bentuk istinbat, dan Usul al-Fiqh. Selain itu, al-Dihlawi menjelaskan pentingnya akidah dan menggalakkan toleransi antara aliran dan mazhab dalam Islam. Beliau juga menekankan pentingnya kembali kepada sumber-sumber asli ajaran Islam, iaitu al-Quran dan Hadis, dan mengangkat kedudukan ijtihad. Al-Dihlawi menggunakan penulisan sebagai kaedah penting untuk membangunkan ilmu pengetahuan dan pemikiran Islam. Selain itu, al-Dihlawi dianggap sebagai seorang mujaddid, yang berusaha untuk menghidupkan semula ajaran agama yang hilang dan membawa pembaikan dalam konteks politik, akidah, ilmu, sosial, dan budaya. Al-Dihlawi merupakan seorang tokoh ulama yang mempunyai pengaruh besar dalam memajukan ilmu dan pemikiran Islam di India. Beliau menggalakkan pemahaman yang benar terhadap al-Quran dan Hadis, menekankan pentingnya akidah, dan berusaha untuk mengembalikan masyarakat kepada ajaran Islam yang sebenar.

Downloads

Published

2024-06-30