PENGAPLIKASIAN UNSUR DIDAKTIK DI DALAM CERITA JENAKA DARI PERSPEKTIF AKHLAK ISLAM DAN REALITI SEMASA

Authors

  • Nang Naemah Binti Nik Dahalan
  • Izzah Nur Aida Binti Zur Raffar
  • Mariam Farhana Binti Md Nasir
  • Hamidah Binti Jalani
  • Nor Adina Binti Abdul Kadir
  • Sarah Dina Bte Mohd Adnan

Abstract

Cerita jenaka merupakan salah satu daripada tradisi lisan yang terkenal di Alam Melayu. Cerita jenaka ini pada masa dahulu adalah berfungsi sebagai salah satu bentuk hiburan seharian. Cerita jenis ini menyelitkan nilai-nilai baik yang boleh menjadi petunjuk dan pedoman dalam kehidupan. Lima jenis cerita yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu ialah cerita Pak Kadok, cerita Lebai Malang, cerita Pak Pandir, cerita Pak Belalang dan cerita si Luncai. Watak-watak yang terdapat di dalam kesemua cerita ini digambarkan sebagai seorang yang lucu berdasarkan kepada kelakuan mereka sendiri manakala realiti semasa pada ketika ini pula telah memperlihatkan terhakisnya nilai-nilai murni dan adab dalam masyarakat. Oleh itu, penulisan ini akan memfokuskan kepada beberapa unsur didaktik Islam yang terdapat di dalam cerita jenaka di atas dan juga analisis unsur didaktik tersebut perspektif Islam dan juga perspektif realiti masa kini. Metod dokumentasi telah digunakan iaitu dengan merujuk kepada beberapa teks cerita jenaka yang telah diterbitkan di dalam buku yang berjudul ‘Cerita Jenaka’ yang dikumpul oleh Raja Haji Yahya. Selain itu, realiti keaadaan masyarakat masa kini pula dilihat melalui pemerhatian dan pembacaan sama ada melalui pelaporan di media massa ataupun di media elektronik. Hasil akhir penulisan akan memberi pendedahan kepada pembaca terutamanya akan penekanan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian. Unsur-unsur nasihat yang baik boleh dijadikan sebagai pedoman kehidupan manakala sikap negatif dan buruk pula wajar ditinggalkan.

Downloads

Published

2024-06-30