PRINSIP PENCEGAHAN ISLAM BAGI MENANGANI PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Authors

  • Nabilah Huda Zaim

Abstract

Kanak-kanak merupakan pewaris pembangunan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, kes penderaan seksual kanak-kanak dan sumbang mahram dalam kalangan keluarga yang semakin meningkat dari semasa ke semasa amat membimbangkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka prinsip pencegahan dalam Islam bagi menangani penderaan seksual kanak-kanak di rumah. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan terhadap kitab-kitab turath dan kontemporari serta kajian-kajian lalu untuk mengenalpasti prinsip pencegahan di dalam Islam bagi mencegah berlakunya penderaan seksual di rumah. Kajian mendapati terdapat empat prinsip pencegahan di dalam Islam yang bersesuaian untuk mengelakkan penderaan seksual kanak-kanak iaitu prinsip saddu al-dhara’i, al-dharar yuzal serta prinsip dalam maqasid syariah yang merangkumi hifz al-din dan hifz al-nasb wa al-‘arad. Keempat-empat prinsip yang bersumberkan syarak ini mampu menjadi panduan bagi mencegah penderaan seksual kanak-kanak pada zaman madani ini seterusnya memelihara hak kanak-kanak sebagaimana yang dituntut di dalam Islam.

Downloads

Published

2024-06-30