TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN BELIA BRUNEI DI DAERAH BRUNEI MUARA TERHADAP PEMAKANAN HALALAN THAYYIBAN

Authors

  • Nur’Amalina binti Yusof
  • Dr Nurdeng Deuraseh

Abstract

Di era globalisasi moden, pemilihan pemakanan sihat dan halal menjadi cabaran buat masyarakat kini. Ini kerana terdapat banyak jenis pemakanan yang menjadi pilihan orang ramai. Kita boleh sahaja memilih makanan namun sejauhmana permakanan tersebut sebenarnya mempengaruhi kehidupan dan kesihatan diri kita serta ibadah kita seharian. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan pengamalan pemakanan halalan thayyiban dan kesihatan didalam kehidupan seharian dikalangan belia brunei di daerah Brunei Muara. Masyarakat perlu menyedari akan kepentingan pemilihan pemakanan yang halal dan sihat serta impaknnya terhadap kesihatan dan dalam kehidupan duniawi mahupun ukhrawi. Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji lebih dalam konsep pemakanan halalan thayyiban dan menganalisis hubungan antara pemakanan halal dan kesihatan didalam kehidupan manusia. Penelitian ini merupakan penelitian secara kuantitatif. Hasil penelitian ini menyimpulkan bahawa kebanyakkan belia mengamalkan pemakanan segera namun tidak kurang juga mengamalkan pemakanan sihat seperti makanan sunnah. Mereka juga mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan mengenai impak pemakanan halal dan sihat. Dalam pemilihan pemakanan ini perlu juga dititikberatkan kerana walaupun halal namun jarang dilihat daripada aspek thayyibannya. Selain itu,tahap menganalisis hubungan antara keduanya, hasil kajian mendapati para Belia menunjukkan kefahaman akan kepentingan hubungan antara keduanya. Maka masyarakat kini perlu bijak dalam membuat pilihan pemakanan yang halalan thayyiban.

Downloads

Published

2024-06-30