KEPENTINGAN PEMANTAPAN AKIDAH ISLAMIYYAH TERHADAP GOLONGAN MUALAF

Authors

  • Neng Athirah Malinda binti Joslan
  • Musaiyadah Ahmadun

Abstract

Golongan mualaf merupakan salah satu golongan asnaf yang perlu diberi perhatian lebih dalam usaha memperkasakan syariat Islam didalam diri sesebuah masyarakat. Melihat penghijraan masyarakat Sabah yang dahulunya dikenali Islam minoriti tetapi kini kian melonjak secara berperingkat menunjukkan usaha dakwah dijalankan adalah berkesan. Namun, penghijraan agama sahaja tidak cukup, jika tidak disertakan dengan pemantapan dalam mendalami akidah Islamiyyah khususnya kepada golongan mualaf yang kian berjinak dengan hukum hakam Islam. Antara isu yang sering berlaku terhadap golongan mualaf adalah kurangnya penerimaan daripada ahli keluarga sendiri setelah memeluk agama Islam, mengalami kesukaran dalam menerima perubahan corak dan pola hidupnya, serta kurangnya kesedaran akan pentingnya akidah dalam membina kehidupan sebagai seorang muslim yang beriman di sisi Allah SWT. Justeru itu, kajian ini menganalisis tentang kepentingan pemantapan akidah islamiyyah terhadap golongan mualaf yang mana skop kajian tertumpu kepada golongan mualaf dan penerapan akidah terhadap golongan tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap keberkesanan dan pemahaman golongan mualaf mengenai akidah agama Islam yang dipilih untuk dianutinya. Penelitian dokumen penting seperti merujuk kajian lepas digunakan sebagai pengumpulan data utama. Manakala metod yang digunakan bersifat kualitatif. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat tiga kepentingan pemantapan akidah islamiyyah terhadap golongan mualaf termasuklah untuk menerapkan jati diri yang baharu sebagai seorang muslim yang mengerti akan tujuan hidup dengan berlandaskan ajaran Al Quran dan As Sunnah, keutamaan dalam mengukuhkan keimanan diri dengan lebih mengenal Pencipta sehingga menjadi asbab memiliki akhlak yang baik dan menyediakan bekalan ilmu pengetahuan khususnya akidah islamiyyah sehingga mampu menjadi pelapis dalam menyampaikan dakwah kepada keluarga. Kesannya, golongan mualaf yang memeluk agama Islam akan lebih mengerti akan tanggungjawab yang dipikul dan perlu dipenuhi setelah memilih Islam sebagai agama baharu agar mereka menyedari bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan menyempurnakan penganutnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Neng Athirah Malinda binti Joslan, & Musaiyadah Ahmadun. (2024). KEPENTINGAN PEMANTAPAN AKIDAH ISLAMIYYAH TERHADAP GOLONGAN MUALAF. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(63). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2039