PENDEKATAN KONSEP MASLAHAH TERHADAP ISU LAFAZ TALAK TA’LIQ TIDAK RASMI: ANALISA KAJIAN KES-KES TERPILIH DI MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN

Authors

  • Liana Ab Latif
  • Rafeah Saidon

Abstract

Konsep maslahah merupakan suatu topik yang diperbincangkan dalam skop maqasid syariah. Ia menjadi satu bidang yang memainkan peranan penting dalam merungkai segala isu berlaku dalam kalangan masyarakat. Antara elemen yang digariskan dalam maqasid syariah ialah meraikan maslahah dan mengangkat kesukaran. Oleh itu, kajian ini menjelaskan konsep maslahah menurut perspektif fiqh dan undang-undang keluarga Islam. Kajian ini juga menganalisa aplikasi maslahah terhadap isu lafaz talak ta’liq tidak rasmi yang melibatkan kes-kes terpilih di negeri Kelantan. Selain itu juga, kajian ini bertujuan bagi meneliti penambahbaikan serta cadangan untuk mengaplikasikan maslahah terhadap isu lafaz talak ta’liq tidak rasmi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Data-data kajian diperoleh melalui buku-buku fiqh, buku-buku undang-undang, tesis, jurnal, akta undang-undang keluarga Islam dan juga dokumen kes. Data-data kajian dianalisis menggunakan perisian atlas.ti 9. Berdasarkan hasil kajian, penulis mendapati bahawa kaedah maslahah ini merupakan pendekatan yang boleh memberikan impak positif dalam menangani isu lafaz talak ta’liq tidak rasmi. Pengkaji turut mendapati bahawa konsep maslahah adalah bermotifkan untuk meraikan maslahah pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga berkaitan kes talak ta’liq tidak rasmi. Justeru, kajian ini selari dengan tuntutan agama agar isu ini tidak memandang enteng terhadap hak-hak individu terutamanya isteri bagi meraih kemaslahatan dan mendapat hak keadilan dalam hidup.

Downloads

Published

2024-06-30