ANALISIS PERBANDINGAN JENIS KECEDERAAN BAGI JENAYAH MENYEBABKAN KECEDERAAN DI BAWAH PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013 DAN KANUN HUKUMAN JENAYAH, PENGGAL 22

Authors

  • Nur Shazana Haji Kahar
  • Dr. Hajah Nurzakiah Haji Ramlee

Abstract

Negara Brunei Darussalam mengamalkan sistem dualisme perundangan, iaitu sivil dan syariah yang berjalan seiring. Jenayah menyebabkan kecederaan merupakan salah satu kesalahan yang diperuntukkan di dalam dua undang-undang, iaitu Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 (PKHJS, 2013) dan Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 (KHJ, P.22). Kertas kajian ini difokuskan untuk mengenalpasti dan menganalisis persamaan serta perbezaan dari sudut jenis kecederaan di dalam peruntukan jenayah menyebabkan kecederaan di bawah PKHJS, 2013 dan KHJ, P.22. Berdasarkan analisis kandungan peruntukan, ditemukan bahawa meskipun PKHJS, 2013 tidak mengkategorikan kecederaan sebagai cedera dan cedera parah sebagaimana KHJ, P.22, empat jenis kecederaan yang disenaraikan di dalam PKHJS, 2013 boleh dianggap sebagai cedera parah dan satu jenis kecederaan pula sebanding dengan cedera. Selain itu, jenis kecederaan di bawah PKHJS, 2013 mempunyai kaitan dengan hukuman yang diperuntukkan, berbeza dengan KHJ, P.22 yang memperuntukkan hukuman mengikut kategori kecederaan dan cara kecederaan diakibatkan. Hasil kertas kajian ini mendapati bahawa meskipun jenis-jenis kecederaan di bawah PKHJS, 2013 dan KHJ, P.22 mempunyai persamaan, hukuman yang ditetapkan bagi setiap jenis kecederaan adalah berbeza.

Downloads

Published

2024-06-30