ALIRAN SEMASA: IDEOLOGI BARU YANG MEMPENGARUHI CABARAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Authors

  • Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman
  • Nor Asmira Mat Jusoh
  • Nurul Izzah Noor Zaina
  • Mohd Khairul Anuar Ismail
  • Nik Muniyati Nik Din

Abstract

Dalam era moden ini, umat Islam di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menghadapi pelbagai cabaran aliran-aliran baru yang muncul. Ideologi-ideologi ini mengganggu pemahaman umat Islam dalam menjalani kehidupan bersyariat. Kajian ini menggariskan kompleksiti ideologi seperti modenism, sekularism, liberalism, dan pluralism yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan ideologi-ideologi ini membawa cabaran dan perubahan yang negatif dalam kehidupan muslim. Oleh itu, penting untuk mengenalpasti dan menangani cabaran-cabaran ini secara efektif agar ia tidak menimbulkan kesan negatif dalam masyarakat Islam. Kajian ini menerangkan beberapa cabaran ideologi yang dihadapi oleh umat Islam kini serta cadangan penyelesaiannya. Metodologi kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif yang bersifat analisis deskriptif dan menginterpestasi fakta-fakta yang melibatkan konsep ideologi-ideologi baru dan cabaran dalam kehidupan muslim di Malaysia. Kajian perpustakaan dilaksanakan untuk merumuskan kerangka teoritikal kepada idea-idea modenisme, sekularisme, liberalisme dan juga pluralisme. Berdasarkan kepada sumber rujukan yang dipilih, kajian telah memfokuskan kepada cabaran-cabaran serta isu yang timbul di Malaysia yang berkaitan dengan dasar ideologi-ideologi yang dibawa. Hasil kajian ini penting supaya setiap isu yang timbul dapat diteliti dan dikaji, serta dapat mengenalpasti dasar-dasar yang dibawa oleh fahaman ideologi baru yang timbul ini, agar dapat dibanteras daripada terus disebarkan, serta dapat menyediakan penyelesaian bagi membendung fahaman ini dari terus meracuni pemikiran umat Islam.

Downloads

Published

2024-06-30