PEMULIHAN & REMEDIASI UMSfm PASCA PANDEMIK

Authors

  • Intan Soliha Ibrahim
  • Saifur Rahman
  • Muhammad Ashabul Kahfi

Abstract

Kehadiran pandemik Covid-19 telah menggugat dan melumpuhkan pelbagai sektor dunia. Namun, sektor penyiaran tidak begitu terjejas memandangkan masyarakat dunia lebih tertumpu untuk menonton televisyen dan mendengar radio. Walaupun begitu, industri radio kampus adalah satu-satunya stesen penyiaran yang mengalami kelumpuhan sepanjang pandemik dan mengalami kesukaran untuk mengembalikan pendengar yang telah hilang apabila kembali bersiaran dalam norma baharu. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis proses pemulihan dan remediasi UMSfm dalam menghadapi impak pasca pandemik. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah pemerhatian turut serta dan analisis dokumen. Artikel ini berpendapat bahawa strategi SEO (Search Engine Optimization) adalah penting dalam pemulihan dan remediasi stesen radio kampus seperti UMSfm. Proses pemulihan pasca pandemik UMSfm berada pada momentum baik selepas strategi SEO dan penjenamaan semula digunakan oleh pihak pengurusan UMSfm. Dari aspek remediasi, penambahbaikan yang dilakukan terhadap kandungan, teknologi dan penerbitan merupakan nilai tambah kepada strategi SEO.

Downloads

Published

2024-06-30