STRATEGI ADAPTASI PENDUDUK LUAR BANDAR SABAH TERHADAP PERUBAHAN POLA MOBILITI HARIAN EKONOMI DAN SOSIAL SEMASA PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Ubong Imang
  • Harifah Mohd Noor
  • Adi Jafar
  • Lindah Roziani

Abstract

Luar bandar dan penduduknya tidak beroperasi secara terasing malah, terhubung dengan kawasan sekitar dalam pelbagai aspek ekonomi dan sosial. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti pola perubahan mobiliti harian ekonomi dan sosial penduduk luar bandar akibat dari pandemik COVID-19 dan strategi adaptasi yang diambil oleh mereka dalam mengharungi pandemik COVID-19. Selain data sekunder, perbincangan dalam artikel ini bersandarkan kepada data primer yang diperolehi dari borang soal selidik yang diedarkan kepada 119 ketua keluarga yang dipilih secara rawak sebagai responden kajian di tiga buah kampung yang terletak di kawasan luar bandar Sabah iaitu, Kampung Kiau Nuluh di Daerah Kota Belud, Kampung Terian di daerah Penampang dan Kampung Marasimsim di daerah Kota Marudu. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar responden (98.3 peratus) mempunyai pengetahuan tentang COVID-19 dan cara penyebarannya. Kajian ini juga mendapati, walaupun sebaran jangkitan terkawal dan tidak meluas di kawasan kajian seperti di kawasan bandar namun, kesemua responden mengakui pola mobiliti harian ekonomi dan sosial mereka berubah iaitu, terhad di sekitar kawasan rumah dan kampung. Ini telah memberi kesan sosio-ekonomi meluas kepada mereka seperti kehilangan pendapatan, hasil pertanian tidak dapat dipasarkan dan kesukaran untuk mendapat bekalan makanan. Antara strategi utama yang diambil oleh responden untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19 adalah membina benteng pertahanan dari jangkitan COVID-19, memperkukuhkan kekuatan dalaman dengan saling membantu antara satu dengan yang lain dan berusaha untuk mencari alternatif baru untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19 yang dihadapi. Sehubungan itu, langkah memperkukuhkan pembangunan ekonomi lokal supaya mampu bermandiri dilihat penting dalam berdepan dengan situasi seperti pandemik COVID-19 pada masa depan. Selain itu, sistem jaringan tempatan dan sokongan kepada pemantapan tahap resiliensi penduduk adalah perlu untuk mengurangkan impak yang dihadapi.

Downloads

Published

2024-06-30