STRATEGI MENGUKUHKAN JARINGAN UNIVERSITI-INDUSTRI: SATU KAJIAN AWAL

Authors

  • Syahrina Abdullah
  • Muhammad Fadhli Mohd Diah
  • Mohamad Khadafi Hj Rofie

Abstract

Jaringan merupakan aspek penting dalam menjamin kelestarian sesuatu hubungan jangka panjang antara beberapa pihak. Jaringan Universiti-Industri merupakan satu konsep hubungan dua hala yang inovatif dan unik dalam memastikan keupayaan sesebuah institusi dapat dipertingkatkan. Kini, konsep jaringan bagi sebuah institusi pengajian tinggi harus diperluaskan dengan mengadakan hubungan kerjasama dua hala antara akademik dan industri. Kertas kerja ini akan membincangkan konsep jaringan serta strategi mengukuhkan jaringan antara pihak akademia dan industri dalam meningkatkan peluang kerjasama antara kedua pihak. Universiti Utara Malaysia (UUM) sangat komited dalam membangun dan mengukuhkan hubungan dua hala dengan pihak industri. Ini adalah kerana pihak industri adalah sebuah entiti yang berupaya memberikan input secara praktikaliti dalam mengukuhkan aspek pengajaran dan pembelajaran kepada mahasiswa melalui tenaga akademik ketika di univerisiti. Maka, impak yang boleh dilihat melalui jaringan ini ialah pihak industri juga dapat membantu pihak universiti untuk meningkatkan kemahiran mahasiswa agar lebih bersedia ketika memasuki alam pekerjaan sebenar, kepentingan program reka bentuk dan pembuatan, kualiti graduan yang dikehendaki oleh industri serta kesediaan universiti mengaplikasi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) mengikut keperluan industri. Justeru, hubungan dua hala antara universiti dan industri berupaya meningkatkan kualiti mahasiswa dan graduan di sesebuah institusi pengajian tinggi.

Downloads

Published

2024-06-30