MATA PELAJARAN ALTERNATIF DALAM SILIBUS PENDIDIKAN MASYARAKAT MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

Authors

  • Muhammad Ikram bin Abu Hassan
  • Abdul Gafur Arifin
  • Faisal Husen Ismail

Abstract

Salah satu paksi yang penting dalam agama Islam adalah ilmu. Namun, kekeliruan timbul apakah ilmu yang dititikberatkan dalam Islam. Adakah hanya ilmu agama seperti Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf, ataupun pandangan Islam terhadap ilmu luas daripada skop tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti subjek-subjek alternatif yang diajar pada zaman Nabi Muhammad dan mengkaji kepelbagain subjek yang diajar pada zaman Nabi Muhammad SAW seterusnya membuat kesimpulan terhadap konsep mata pelajaran alternatif pada zaman Nabi Muhamamd SAW. Metodologi penyelidikan ini melibatkan kajian literatur daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan pendidikan pada zaman Nabi Muhammad SAW. Data-data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif untuk mencapai objektif kajian.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad memberikan penekanan yang besar kepada pembelajaran dan pendidikan dalam bidang selain agama untuk memperkukuhkan pemahaman masyarakat dalam membina masyarakt yang berpaksikan ilmu. Kajian ini memberikan pandangan baru mengenai pendekatan pendidikan pada zaman Nabi Muhammad. Dapatan kajian ini dapat memberikan panduan kepada sistem pendidikan masa kini dalam merangka kurikulum yang seimbang dan menyeluruh. Kesimpulannya, pengajaran subjek-subjek alternatif pada zaman Nabi Muhammad memainkan peranan penting dalam pembangunan intelektual masyarakat. Kajian ini memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai pendekatan pendidikan pada masa itu dan memberikan panduan kepada sistem pendidikan masa kini.

Downloads

Published

2024-06-30