PELAKSANAAN PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA OLEH EKSEKUTIF HALAL DI NEGERI PERLIS

Authors

  • Muhammad Hafiz Hassan
  • Muhammad Haziq Hassan
  • Mundzir Zamri
  • Muhammad Arif Fadilah Ishak

Abstract

Pensijilan Halal merupakan perkara penting dalam pengesahan dan penarafan status Halal bagi sesuatu pasaran produk makanan. Jaminan kualiti dan akreditasi pada produk makanan yang disahkan Halal oleh pihak berautoriti mampu meningkatkan produktiviti industri makanan sama ada pasaran di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Berdasarkan kajian lepas, terdapat ramai pengusaha makanan khususnya di negeri Perlis yang masih belum memiliki Pensijilan Halal Malaysia bagi produk mereka disebabkan pelbagai faktor-faktor yang menghalang antaranya kesulitan dalam permohonan pensijilan Halal. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah permohonan pensijilan Halal yang dilakukan oleh eksekutif Halal industri di negeri Perlis. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu secara temu bual bersama eksekutif Halal di negeri Perlis sebagai golongan pelaksana dalam industri Halal. Implikasi dasar kajian ini dapat memberi panduan kepada para industri makanan melakukan proses permohonan Pensijilan Halal Malaysia di samping pihak berautoriti mengkaji kemudahan yang boleh diberikan semasa proses permohonan.

Downloads

Published

2024-06-30