ANALISIS KEJAYAAN PEMERINTAHAN ISLAM BERASASKAN PELAKSANAAN KONSEP KAEDAH KEPEMIMPINAN BERTERASKAN ISLAM UMAR AL-KHATTAB RA DALAM MEYAKINKAN ORANG BUKAN ISLAM

Authors

  • Suwandi Simangunsong
  • Mohd Syakir Mohd Rosdi

Abstract

Kajian ini satu penyelidikan yang memfokuskan konsep umum berkenaan hak politik dan hak warga negara orang bukan Islam.dalam konsep kaedah kepemimpinan beteraskan Islam. Pemimpin yang memiliki kefahaman kepemimpinan berteraskan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya, yang menegaskan penting toleransi, kebebasan dalam beragama dan keadilan bagi orang bukan Islam, namun tetap terikat kepada syarat-syarat tertentu yang selaras dengan kaedah-kaedah agama dan keadilan. Konsep kaedah kepemimpinan beteraskan Islam Umar al-Khattab RA dalam meyakin orang bukan Islam menjadi tumpuan dalam kajian ini, untuk dijadikan contoh kepada pemimpin Islam masa kini, dalam menjalankan organisasi kenegaraan. Apakah yang boleh dicontohi daripada kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA terhadap kepemimpinan masa kini? Bagaimanakah kaedah kepimpinan Umar al-Khattab RA boleh meyakinkan orang bukan Islam terhadap pemerintahannya? Apakah rumusan konsep kaedah kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA dalam meyakinkan orang bukan Islam? Daripada persoalan-persoalan tersebut, kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian Metod sejarah terdiri daripada empat tahap iaitu heuristik, kritikan, interpretasi, dan pensejarahan. Hasilnya, dapat merumuskan kerangka konsep kaedah kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA dalam meyakin orang bukan Islam yang meliputi tiga prinsip, tiga ciri dan tiga kaedah. Bagi tiga prinsipnya ialah bertauhidkan llah SWT, mempertahankan syariat Islam dan menerapkan keadilan. Tiga ciri kepemimpinan Umar al-Khattab RA ialah memiliki ketajaman akal, berakhlak mulia dan mematuhi syariat Islam. Tiga kaedah kepemimpinan Baginda pula ialah mengutamakan hablum min Allah, memelihara hablum min al-nas dan mengembangkan tajdid, yang dianalisis daripada aspek toleransi kebebasan dalam beragama dan keadilan bagi orang bukan Islam. Daripada kajian ini didapati baik muslim atau orang bukan Islam, mereka tidak hanya melibatkan kepatuhan terhadap negara, tetapi juga kepatuhan kepada prinsip-prinsip agama yang mendorong keadilan dan kesejahteraan ummah. Kepemimpinan Islam hari ini boleh mencontohi konsep kaedah ini supaya boleh menerima kesan positif yang sama seperti yang diterima dalam pemerintahan Umar al-Khattab RA.

Downloads

Published

2024-06-30