ANALISIS KEJAYAAN PEMERINTAHAN ISLAM BERASASKAN PELAKSANAAN KONSEP PRINSIP KEPEMIMPINAN BERTERASKAN ISLAM UMAR AL-KHATTAB RA

Authors

  • Suwandi Simangunsong
  • Mohd Syakir Mohd Rosdi

Abstract

Kepemimpinan merupakan perkara penting dan faktor utama dalam mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin benar-benar menentukan kemajuan sesebuah negara dan makmurnya sesebuah penduduk. Kepemimpinan masa kini mengalami banyak kemunduran dan kegagalan, banyak orang memerintah negara tetapi Islam tidak ditegakkan. Rakyat hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Islam kerana pemimpin hari ini tidak berjiwa kepimpinan dan sahsiah yang baik sesuai prinsip kepemimpinan berteraskan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Seorang sahabat yang dikagumi pemerintahannya iaitu Umar al-Khattab RA menjadi tumpuan dalam kajian ini. Beliau merupakan khalifah kedua dan tokoh penting dalam sejarah tamadun Islam. Sebagai khalifah kedua, terdapat prinsip-prinsip yang digunakan dalam kepimpinannya dan amat mengagumkan kemajuan kerajaannya. Berdasarkan perspektif positif ini, apakah yang boleh dicontohi daripada prinsip kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA terhadap kepemimpinan masa kini? Bagaimanakah Umar al-Khattab RA mengamalkan prinsip kepimpinannya sehingga tercipta sebuah negara maju dan sebahagian besar rakyat mendapat impak positif dan mereka makmur? Daripada persoalan-persoalan tersebut, kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian metod naratif, kerana ia bertepatan dengan data sekunder yang dikumpul menggunakan kaedah kajian dokumen. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya, ia dapat membina kerangka konsep bagi prinsip kepemimpinan berteraskan Islam Umar al-Khattab RA yang merangkumi lapan prinsip iaitu bertauhidkan Allah SWT, takut hanya kepada Allah SWT, cinta kepada Rasulullah SAW, mempertahankan syariat Islam, memartabatkan kepimpinan khalifah, mengutamakan syura, menerapkan keadilan dan mengamalkan amanah. Berasaskan lapan prinsip ini, Umar al-Khattab RA diiktiraf kegemilangan pemerintahannya oleh orang Islam dan bukan Islam. Kerajaannya mendapat jaminan keselamatan dan hak dalam menyampaikan sebarang aduan, baik orang Islam mahupun yang bukan Islam, serta tidak berlaku kezaliman. Kepemimpinan Islam hari ini boleh mencontohi prinsip-prinsip ini supaya boleh menerima kesan positif yang sama seperti yang diterima dalam pemerintahan Umar al-Khattab RA.

Downloads

Published

2024-06-30