SAHIFAH AL-MADINAH SEBAGAI CADANGAN MODEL PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Authors

  • Jazliza Binti Jamaluddin

Abstract

Sahifah Al-Madinah juga dikenali sebagai Piagam Madinah adalah model perlembagaan pertama di dunia yang dibentuk dengan amat teliti oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW setelah hijrah baginda dari Mekah ke Madinah. Sahifah Al-Madinah menjadi asas utama dalam membina sebuah negara Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa. Artikel ini membincangkan Sahifah Al-Madinah yang dicadangkan untuk menjadi model panduan dalam pembinaan negara bangsa terutama di negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia. Pembinaan negara bangsa terbentuk dari entiti geopolitik iaitu negara dan entiti budaya iaitu bangsa yang menjadi ukuran pencapaian samada di negara yang mempunyai penduduk homogeneous atau hetrogeneous. Elemen utama yang diberi perhatian oleh Nabi Muhammad SAW setelah tiba di Madinah adalah menyatukan seluruh penduduk Madinah yang menjadi kekuatan utama sebuah negara selain aspek kerohanian, kestabilan politik dan keutuhan ekonomi tanpa mengira kaum dan kepercayaan (Muslim dan bukan Muslim). Cabaran dalam pembinaan negara bangsa adalah menyatupadukan hubungan antara kaum yang boleh merencatkan hubungan dan seterusnya boleh menimbulkan perbalahan. Masalah hubungan antara kaum timbul disebabkan oleh perasaan prejudis, mempunyai sikap etnosentrisme, jingoisme dan kesukaran menerima kepelbagaian budaya. Sehubungan dengan itu, kejayaan baginda dalam menyatukan penduduk Madinah perlu menjadi iktibar dalam memupuk keharmonian kaum di Malaysia berdasarkan model Sahifah Al-Madinah dengan memberi perhatian berdasarkan hak, tanggungjawab dan peraturan berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Downloads

Published

2024-06-30