ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL PENGUASAAN FARDU AIN MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PAHANGANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL PENGUASAAN FARDU AIN MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PAHANG

Authors

  • Nazatul Akmar Mokhtar
  • Sh. Mohd Firdaus Sh. Othman
  • Halim Ismail
  • Fahmi Zaidi Abdul Razak
  • Asmadi Abdul Rahman
  • Muhammad Sabri Sahrir

Abstract

Masyarakat Muslim di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa. Ada yang telah menganut agama Islam sejak dilahirkan dan mewarisi agama Islam daripada nenek moyang, dan ada juga yang menganut Islam sebagai saudara baharu termasuklah masyarakat orang asli di negara ini. Setiap golongan saudara baharu pula memerlukan pendekatan dan bimbingan agama yang berbeza disebabkan faktor budaya, bahasa dan tahap pendidikan. Justeru, persoalan yang timbul daripada isu-isu ini adalah sejauh manakah tahap penguasaan dalam kalangan masyarakat terhadap aspek Fardu Ain dalam kehidupan mereka seharian khususnya orang asli di negeri Pahang. Sehubungan itu, suatu modul penguasaan tentang fardu ain dalam kalangan masyarakat orang asli di Negeri Pahang perlu dibangunkan. Modul ini akan memantapkan aspek pengajaran dan penilaian terhadap masyarakat orang asli di negeri Pahang. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji analisis keperluan bagi membina sebuah Modul Fardu Ain yang lebih sistematik berasaskan kepada komponen kurikulum yang meliputi objektif, aktiviti pengajaran, aktiviti penilaian dan bahan pengajaran yang komprehensif, bersandarkan kepada model Instruksional ADDIE. Kajian kualitatif ini telah mengumpulkan data melalui temubual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik mengunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian telah menghasilkan beberapa tema kajian penting yang perlu dijadikan panduan dalam menambahbaik Modul Fardu Ain sedia ada bagi masyarakat orang asli Negeri Pahang. Dapatan ini juga adalah lebih komperehensif dengan tidak hanya melibatkan aspek kandungan modul semata-mata, bahkan meliputi komponen-komponen asas pembinaan modul yang bersepadu dan praktikal secara teori dan praktikal.

Downloads

Published

2024-06-30