KEMAHIRAN DIGITALAN DAN PRESTASI PERUSAHAAN MIKRO KETIKA PANDEMIK COVID-19: PERANAN TEKANAN EMOSI

Authors

  • Noor Hasni Juhdi
  • Mohd Khairuddin Mat Husin

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan kemahiran digitalan ke atas prestasi perusahaan mikro dengan mengambilkira tekanan emosi ketika melalui masalah dan cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19. Kajian ini dijalankan ke atas usahawan perusahaan mikro yang di bawah kawal seliaan Majlis Perbandaran Kajang, Daerah Hulu Langat. Kajian menggunakan kaedah pemerhatian dan borang soalselidik. Data dari 120 responden dianalisis menggunakan aplikasi SPSS 26. Kaedah temubual juga digunakan untuk membantu kajian mendapatkan maklumat lebih mendalam. Hasil kajian mendapati kemahiran digitalan adalah faktor yang strategik untuk membantu perusahaan mikro bangkit dan meneruskan perniagaan walaupun dalam keadaan pandemik. Walau pun prestasi jualan meningkat, prestasi kewangan perusahaan mikro secara total adalah tidak menentu ketika pandemik. Keyakinan peniaga terhadap manfaat digitalan perniagaan adalah sederhana tinggi. Tekanan emosi usahawan perusahaan mikro adalah terkawal ketika pandemik. Sejauh mana peranan tekanan emosi terhadap hubungan antara kemahiran digitalan dan prestasi kewangan serta implikasi kajian terhadap bidang ilmu keusahawanan, agensi kerajaan dan perusahaan mikro akan dibincangkan.

Downloads

Published

2024-06-30