FAKTOR-FAKTOR MOTIVASI MENDAPATKAN PEKERJAAN: KAJIAN EMPIRIKAL PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI SAINS UKM

Authors

  • Noor Hasni Juhdi
  • Muhammad Faiz Zakaria
  • Ishak Abd Rahman

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan hubungan dan pengaruh antara faktor-faktor dalaman dan luaran seperti ganjaran ekstrinsik, ganjaran intrinsik, kepuasan kerja dan beban kerja terhadap motivasi untuk mendapatkan pekerjaan dalam kalangan pelajar tahun akhir bidang sains di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini melibatkan 1,870 pelajar daripada tiga fakulti sains terbesar di UKM. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah edaran borang soal selidik dan pakej SPSS versi 26 untuk menganalisis data. Kajian ini mendapati bahawa, ganjaran ekstrinsik, ganjaran intrinsik dan kepuasan kerja mempunyai hubungan yang positif ke atas motivasi. Hubungan beban kerja dan motivasi adalah negatif. Hasil analisis regresi mendapati bahawa kepuasan kerja dan ganjaran ekstrinsik memberikan kesan positif secara signifikan. Ganjaran ekstrinsik mempunyai kesan sederhana berbanding kepuasan kerja yang tinggi kesannya terhadap motivasi. Faktor beban kerja pula menunjukkan kesan negatif yang lemah tetapi signifikan. Manakala, ganjaran intrinsik merupakan faktor penentu yang tidak signifikan kepada motivasi pelajar tahun akhir bidang sains di UKM untuk mendapatkan pekerjaan. Implikasi kajian dihuraikan di bahagian akhir kertas kajian.

Downloads

Published

2024-06-30