PERSPEKTIF PELAJAR DI IPT SHAH ALAM TERHADAP BAHAYA LOVE SCAMMER

Authors

  • Azarudin bin Awang
  • Ahmad Ikhwan bin Mohd Sahar

Abstract

Saban hari kegiatan ‘love scammer’ yang melibatkan mangsanya dari pelbagai peringkat umur dan pendidikan dilaporkan semakin meningkat. Love scammer dikategorikan sebagai satu bentuk jenayah kerana ia melibatkan pelbagai bentuk penipuan, gangguan emosi dan kerugian harta benda terhadap pemangsa. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap pengetahuan pelajar di IPT terpilih khususnya di Shah Alam terhadap konsep cinta yang sebenarnya dalam Islam. Selanjutnya melihat persepsi pelajar di IPT terhadap bahaya love scammer. Data yang bersifat purposive sampling ini diperolehi melalui edaran borang soal selidik seramai ke atas 96 orang pelajar dari tiga institusi IPT di Shah Alam. Analisis min digunakan bagi melihat tahap pengetahuan dan persepsi pelajar terhadap soalan yang dikemukakan. Selain itu, bagi melibat perbezaan dari aspek pemboleh ubah jantina t-test dan manakala analisis One Way ANOVA digunakan bagi melihat pemboleh ubah dari aspek demografi. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar IPT di Shah Alam memahami konsep cinta dalam Islam adalah tinggi. Begitu juga tahap kesedaran pelajar terhadap bahaya love scammer juga berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini penting tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar di IPT mampu mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penipuan scammer.

Downloads

Published

2024-04-30