PERANAN WAT SIAM TERHADAP IDENTITI DAN ESPRIT DE CORPS DI KEDAH

Authors

  • Sharifah Ismail
  • Haslinda Hj. Hasan
  • Siti Alwaliyah Mansor

Abstract

Institusi wat merupakan elemen penting dalam membentuk jati diri orang Siam di Malaysia iaitu dalam mengekalkan jati diri dan esprit de corps masyarakat mereka. Agama Buddha Theravada merupakan satu sistem kepercayaan yang berteraskan kepada golongan pengikut Buddha iaitu bikkhu yang pada mulanya hidup mereka sentiasa mengembara. Malah ia diertikan sebagai satu jalan untuk seseorang mencapai tahap penyelamatan (salvation) melalui usaha daripada diri sendiri. Masyarakat Siam adalah golongan minoriti di Kedah dan tinggal dalam komunitinya serta menjalankan kehidupan harian mengikut budaya dan kepercayaan sendiri. Kepercayaan yang kuat ini terbukti apabila setiap kampung orang Siam akan terdapat wat iaitu rumah ibadat. Rumah ibadat iaitu wat juga ditadbir oleh sami-sami Buddha dan anak-anak kampung untuk mempelajari ajaran Buddha dan bahasa Siam. Kita-kitab suci mereka ialah Bot Set, Surat Bun, Ship Son, Than Nan, Phan dan Phatt Bot. Jika ingin meneruskan pelajaran ke peringkat Prak dan Tan, mereka harus melanjutkan pelajaran di Bangkok. Kedudukan kampung-kampung etnik Siam ini selalunya berkelompok yang melambangkan esprit de corps dengan dikelilingi oleh kampung orang Melayu. Hal ini juga menyebabkan mereka terlibat dalam proses asimilasi budaya dan bahasa. Oleh itu, semua masyarakat Siam boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih termasuklah dialek daerah. Kini mereka masih meneruskan agama Buddha yang dianuti sejak dahulu dan meneruskan tradisi perayaan yang diwarisi dari negara asal iaitu Thailand. Malah melalui institusi keagamaan seperti wat Siam mampu mewujudkan perasaan patriotik dan esprit de corps dalam kalangan mereka yang lama menetap di Malaysia.

Downloads

Published

2024-03-31