PENGARUH GAYA KEPIMPINAN TERHADAP PENGEKALAN BAKAT SEMASA COVID-19

Authors

  • Izyan Izzati Roslan
  • Norhafizah Abu Hasan

Abstract

Kajian ini ingin melihat sekiranya pengaruh gaya kepimpinan dan pengekalan bakat dalam sesebuah organisasi di Malaysia dipengaruhi oleh situasi semasa pandemik COVID-19 sebagai penyederhana. Projek ini juga mengkaji hubungan gaya kepimpinan transformasi, gaya kepimpinan karismatik dan gaya kepimpinan kebaktian yang dapat mempengaruhi pengekalan bakat atau pekerja dalam sesebuah organisasi. Pemahaman pengekalan bakat dalam kalangan pekerja di sesebuah organisasi dapat membantu organisasi kekal berdaya saing serta mencapai kejayaan serta matlamat yang ditetapkan. Borang soal selidik secara dalam talian telah diedarkan kepada 203 orang responden. Analisis statistik telah dilakukan menggunakan Smart-PLS. Keputusan menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pengekalan bakat di Malaysia. Di samping itu, pandemik Covid-19 menunjukkan interaksi yang positif terhadap hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan pengekalan bakat. Gaya kepimpinan transformasi dilihat sebagai gaya kepimpinan yang paling sesuai bagi membantu pemimpin mencapai misi organisasi dalam situasi pandemik.

Downloads

Published

2024-03-31