PENGAJARAN KOLABORATIF DALAM PENDIDIKAN ISLAM: SATU TINJAUAN

Authors

  • Muhammad Fitri Ab Kadir
  • Siti Suhaila Ihwani
  • Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek
  • Norly Marlia Kamaruddin
  • Nur Nadiah Abdul Manap
  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain

Abstract

Kaedah pengajaran yang selari dengan keperluan zaman amatlah perlu dititikberatkan oleh guru pendidikan Islam (GPI) terutamanya bagi melengkapkan diri untuk memenuhi keperluan pembelajaran abad ke 21 (PAK 21). Oleh hal yang demikian, salah satu pendekatan yang terbukti berfaedah dan berkesan iaitu pengajaran kolaboratif perlulah dilaksanakan oleh GPI supaya dapat meningkatkan standard pembelajaran disamping mengembangkan daya pemikiran yang kritis pelajar dalam pendidikan Islam. Oleh itu, berdasarkan pertimbangan yang melihat kepentingan dan keperluan berikut, kajian untuk penghasilan artikel ini dijalankan. Dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka pendekatan pengajaran kolaboratif dan mengenal pasti kelebihan pengajaran kolaboratif dalam pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Justeru itu, diharapkan hasil kajian mampu memberi gambaran yang jelas terutamanya kepada GPI untuk melaksanakan pengajaran kolaboratif dengan lebih efektif serta mengambil berat tentang kelebihannya terhadap pendidikan Islam.

Downloads

Published

2024-03-31