KESEDARAN WANITA TENTANG KEBERSIHAN DIRI SEMASA HAID

Authors

  • Muhammad Fitri Ab Kadir
  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain
  • Nur Nadiah Abdul Manap
  • Siti Nur Hadis A Rahman
  • Norly Marlia Kamaruddin
  • Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek

Abstract

Penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sering dimbil ringan oleh segelintir masyarakat khususnya Wanita Islam semasa menghadapi haid. Kurangnya pengetahuan dan amalan kebersihan semasa haid memberi implikasi besar dalam konteks ibadah terutama dalam ibadah solat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesedaran kebersihan semasa dan selepas haid menurut Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada Wanita Islam tentang pentingnya penjagaan kebersihan semasa dan selepas haid bagi memastikan ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT. Pendekatan kualitatif dilaksanakan untuk mengumpul data. Sumber rujukan yang digunakan merangkumi jurnal, tesis, kitab thurath, hadith dan Al Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam menekankan kebersihan semasa dan selepas haid, termasuk pengurusan dalam membersihkan tubuh, pakaian, penjagaan alat sulit dan cara menguruskan tuala wanita selepas haid. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tentang perlunya memperkasa wanita dengan pengetahuan dan kemahiran mengurus haid yang syar'i, sebagai sebahagian daripada usaha melengkapkan diri mereka dengan kefahaman yang lebih mendalam tentang kebersihan diri dalam Islam.

Downloads

Published

2024-03-31