MODEL KEPIMPINAN TRANSFORMASI UNIT ZAKAT UITM CAWANGAN PERLIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP KEYAKINAN AGIHAN DAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN

Authors

  • Noraini Ismail
  • Nadiyah Hashim
  • Nor Alifah binti Rosaidi
  • Mohd Nazim Mohd Noor
  • Zuraimy Ali

Abstract

Kepimpinan Transformasi pada masa kini dilihat menjadi suatu pendekatan yang sangat berkesan di dalam mengurus organisasi. Bagi memastikan urus tadbir berjalan lancar bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM cawangan Perlis perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keyakinan dan kepuasan pelanggan sentiasa diutamakan. Dengan peruntukan dana zakat yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs) sudah tentu ianya memerlukan satu model keberkesanan gaya kepimpinan bagi memastikan kutipan dan agihan memenuhi maksud yang telah ditetapkan oleh pihak MAIPs dan UiTM. Justeru itu, bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM cawangan Perlis telah diamanahkan untuk mengurus dana tersebut dengan lebih berkesan. Kajian ini merupakan cadangan terhadap pembentukan kerangka model gaya kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan tahap keyakinan dan kepuasan pelanggan bagi tujuan diaplikasikan di UiTM cawangan Perlis. Kajian ini adalah berbentuk kajian perpustakaan di mana pengumpulan maklumat melalui sumber-sumber buku dan jurnal berkaitan institusi pengurusan zakat di Malaysia. Hasil dapatan kajian mencadangkan satu kerangka model gaya kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan tahap keyakinan dan kepuasan pelanggan untuk diaplikasikan di UiTM cawangan Perlis dalam meningkatkan urus tadbir bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM cawangan Perlis.

Downloads

Published

2024-03-31