FAKTOR PERTAMBAHAN MUALAF DI NEGERI SABAH: SATU SOROTAN

Authors

  • Mohd Zulfikaar Azizi Bin Aliakbar

Abstract

Bilangan umat Islam di Malaysia sentiasa mengalami pertambahan dari semasa ke semasa. Antara punca berlakunya pertambahan umat Islam di Malaysia khususnya di Sabah adalah kerana berlakunya pertambahan golongan mualaf Kenyataan ini dikukuhkan lagi berdasarkan statistik mualaf yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menunjukkan bahawa bilangan mualaf yang didaftarkan secara rasmi sentiasa bertambah tahun demi tahun. Sabah juga merupakan negeri yang mencatatkan pertambahan mualaf tertinggi di Malaysia melebihi negeri-negeri lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang memberi dorongan kepada peningkatan jumlah mualaf di Sabah. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan bentuk kajian kepustakaan. Melalui pendekatan kajian kepustakaan, kajian ini akan merentasi teks-teks ilmiah, artikel dakwah, dan sumber literatur relevan untuk merangkum pemahaman terkini tentang faktor pertambahan mualaf di negeri Sabah. Kajian ini merumuskan antara faktor utama yang menyumbang kepada pertambahan mualaf di negeri Sabah adalah usaha dakwah yang subur, meneladani akhlak Islam, perkahwinan campur, dan kolaborasi antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Downloads

Published

2024-03-31