PENGKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HAFAZAN AL-QURAN DI SARAWAK: ANALISIS LITERATUR UTAMA

Authors

  • Syed Abdul Aziz bin Wan Yusuf
  • Hadenan bin Towpek
  • Mohamad Bazli bin Md Radzi
  • Mohamad Firdaus bin Mohamad Sabari

Abstract

Al-Quran merupakan sumber pembangunan modal insan yang tidak dapat dinafikan, bahkan para ibu bapa Muslim berlumba-lumpa menghantar anak-anak mereka untuk menekuni ilmu-ilmu al-Quran. Oleh itu, artikel cuba mengetegahkan perbincangan dan analisis berkaitan pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran di Sarawak berdasarkan analisis sumber literatur utama. Dimensi analisis sumber asas literatur dalam artikel ini boleh dibahagikan kepada empat aspek, iaitu aspek hafazan al-Quran; aspek sejarah dan perkembangan institusi hafazan al-Quran di Sarawak; aspek pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran; dan aspek pengkaedahan dalam pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran.

Downloads

Published

2024-03-31