TOKOH PEMIKIR EKONOMI ISLAM KLASIK ABU 'UTHMAN 'AMR IBN BAKR AL-BASRI AL-JAHIZ: BIBLIOGRAFI DAN SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN AWAL ILMU EKONOMI ISLAM

Authors

  • Hadenan Bin Towpek
  • Amal Hayati Binti Ishak
  • Aemy Bin Aziz

Abstract

Perbahasan dan perbincangan berkaitan sistem ekonomi Islam telah bermula sejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi. Sistem ekonomi Islam bukan hanya terbatas dalam aspek perbincangan dan teori sahaja, malahan turut berlaku aktiviti ekonomi Islam berteraskan hukum syarak di zaman Rasulullah. Kemudian berlakunya perkembangan dalam pemikiran dan teori di dalam sistem ekonomi Islam sehingga masa kini yang berlandaskan kepada aplikasi dan panduan yang telah dibuat sejak zaman Rasulullah SAW. Perkembangan pemikiran dan praktis dalam sistem ekonomi Islam bersesuaian dengan peredaran zaman dan keperluan kepada teori dan praktikal terkini yang kontemporari selari dengan perkembangan ketamadunan manusia. Dalam ekonomi Islam, segala urusan dan amalan hendaklah didahului dengan rujukan dari dalil yang sahih. Rujukan dari sumber al-Quran dan as-Sunnah ini menjadikan sistem ekonomi Islam ini sebuah sistem yang berprinsip dan adil kepada semua manusia. Kemudian sistem ekonomi islam ini mula di kembangkan menerusi penulisan-penulisan ilmiah yang dilakukan oleh para sarjanawan islam yang berkembang pesat di era kerajaan Islam Umayyah sehingga kerajaan Abasiyyah. Di samping itu di era tersebut dengan kemunculan pusat pengumpulan penulisan-penulisan ilmiah seperti perpustakaan bagi menyimpan segala bahan rujukan yang berkaitan bidang pengajian islam telah membuatkan para sarjanawan islam lebih bergiat dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mereka. Dan di antara tokoh yang terlibat dalam penulisan ilmu berkaitan ekonomi islam ialah Abu 'Uthman 'Amr ibn Bakr al-Basri Al-Jahiz melalui kitabnya Al-Tabassur bi Al-Tijarah.

Downloads

Published

2024-03-31