KESALAHAN JENAYAH QATLU SYIBHIL- ‘AMD (PEMBUNUHAN SERUPA SENGAJA): ANALISIS BAB 139, PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013, BRUNEI DARUSSALAM

Authors

  • Hajah Affie Azirah Musa
  • Zurairatul Zakiah DSS Haji Rajid
  • Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi
  • Hajah Nurzakiah Haji Ramlee

Abstract

Kesalahan jenayah qatlu syibhil-‘amd (pembunuhan serupa sengaja) merupakan satu kesalahan yang menggabungkan kesengajaan dalam mencederakan dan pada masa yang sama ketiadaan niat untuk menyebabkan kematian seseorang dalam satu transaksi perbuatan. Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 telah meletakkan peruntukan khusus bagi jenayah ini yang perlu dipenuhi sebelum dihadapkan ke muka pengadilan. Cabaran dalam membuktikan kesalahan ini tidak terhad pada membuktikan wujudnya kematian semata, malah keterangan-keterangan yang menjurus kepada niat mencederakan dan hubungkait di antara tindakan pelaku dan kematian mangsa serta alat yang digunapakai dalam melakukan jenayah juga perlu dikemukakan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti tafsiran jenayah qatlu syibhil- ‘amd (pembunuhan serupa sengaja) di bawah bab 139, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 serta mengenalpasti rantaian sebab musabab dalam memahami hubungkait tindakan pelaku dengan kematian mangsa. Dalam mencapai objektif ini, kajian ini akan menggunakan metodologi perundangan secara kualitatif dan kritis dalam membahaskan konsep dan peruntukan undang-undang yang berkaitan. Hasil penilaian ini akan menekankan pemahaman yang mendalam berhubung bab 139 dan mengelakkan kekeliruan dalam menentukan jenis qatl yang telah dikanunkan di dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah,2013.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

Hajah Affie Azirah Musa, Zurairatul Zakiah DSS Haji Rajid, Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi, & Hajah Nurzakiah Haji Ramlee. (2024). KESALAHAN JENAYAH QATLU SYIBHIL- ‘AMD (PEMBUNUHAN SERUPA SENGAJA): ANALISIS BAB 139, PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013, BRUNEI DARUSSALAM. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(61). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1935