FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (FIS), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) : KE ARAH MEMPERKASAKAN PENGAJIAN ISLAM DI SABAH

Authors

  • Habibah @ Artini Ramlie
  • Mohd Dahlan A. Malek
  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
  • Syamsul Azizul Marinsah
  • Amer Hudhaifah Hamzah
  • Dg. Hafizah Ag. Basir

Abstract

Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertekad menjadi sebuah universiti bertaraf dunia dengan misi menjadi universiti yang mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai ilmu. Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat masyarakat dan keseimbangan pengkhususan ilmu serta keperibadian pelajar. Ia bagi menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat serta negara. Dalam bidang Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengorak langkah dengan menubuhkan Fakulti Pengajian Islam (FIS) bagi menyahut seruan semasa. Objektif penulisan ini adalah memperihalkan sejarah penubuhan Fakulti Pengajian Islam (FIS) ke arah memperkasakan bidang Pengajian Islam di Sabah. Kajian dilakukan secara kualitatif menerusi analisis dokumen yang berkaitan. Dapatan menunjukkan penubuhan Fakulti Pengajian Islam (FIS) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah relevan dengan keperluan masa kini. Keunikan program menunjukkan penubuhan Fakulti Pengajian Islam (FIS) begitu signifikan demi masa depan graduan yang bakal dihasilkan, jaringan kerjasama industri-universiti serta kelestarian bidang Pengajian Islam pada masa hadapan di Sabah khasnya dan Malaysia secara umumnya.

Downloads

Published

2024-03-31