FAKTOR KRITIKAL PENENTU KEPUASAN WAKAF PERUMAHAN DI NEGERI PULAU PINANG

Authors

  • Baihaki Abdullah
  • Azreen Hamiza Abdul Aziz

Abstract

Pengurusan dan pentadbiran wakaf di negeri Pulau Pinang oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mempunyai nilai harta wakaf yang tertinggi di Malaysia. Perkara ini disebabkan kerana tanah wakaf ini terletak di tempat strategik dan mempunyai nilai ekonomi dan sangat sesuai untuk dibangunkan pembangunan wakaf komersial seperti perumahan, rumah kedai dan pejabat. Namun begitu, sesetengah pengambil manfaat wakaf enggan memberi kerjasama kepada MAINPP apabila harta wakaf ingin dibangunkan mendapat tentangan. Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan dengan meneliti faktor kritikal penentu kepuasan wakaf perumahan dalam kalangan pengambil manfaat wakaf perumahan di negeri Pulau Pinang. Kaedah pensampelan di lakukan di negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada 97 orang responden pengambil manfaat wakaf perumahan dengan menggunakan instrumen kajian borang soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SMART-PLS versi 3.3.9. Analisis hubungan secara langsung menemukan bahawa faktor kewangan, faktor pengurusan, faktor keselamatan, faktor kepenggunaan dan faktor kepatuhan agama merupakan faktor yang kritikal menentukan kepuasan pengambil manfaat wakaf perumahan di negeri Pulau Pinang. Perkara ini menggambarkan bahawa faktor kewangan, faktor pengurusan, faktor keselamatan, faktor kepenggunaan dan faktor kepatuhan agama perlu diberi perhatian untuk pembangunan wakaf perumahan meningkatkan kepuasan dalam kalangan pengambil manfaat wakaf seterusnya membantu meningkatkan produktiviti MAINPP.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Baihaki Abdullah, & Azreen Hamiza Abdul Aziz. (2023). FAKTOR KRITIKAL PENENTU KEPUASAN WAKAF PERUMAHAN DI NEGERI PULAU PINANG. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1878