PENCAPAIAN INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR) DAN SUMBANGAN ALUMNI DALAM PENGEMBANGAN PENGAJIAN AL-QURAN DI MALAYSIA

Authors

  • ‘Imaaduddin Abdul Halim
  • Ahmad Termizi Ab Lateh
  • Zulkifli Dahalan

Abstract

Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) merupakan salah sebuah institusi tahfiz milik penuh kerajaan negeri Kedah yang berada di utara Malaysia. Sejak penubuhannya, IQDAR telah melahirkan ratusan alumni dalam bidang pengajian Islam khususnya bidang tahfiz al-quran wal Qiraat. Artikel ini bertujuan melihat dari segi pencapaian dan sumbangan alumni dalam memartabatkan pengajian al-Quran di Malaysia khususnya di utara tanah air. Artikel ini terlebih dahulu akan menyoroti sejarah penubuhan IQDAR diikuti dengan pendekatan metodologinya dalam mempelajari bidang tahfiz. Seterusnya akan mengenal pasti sumbangan dan pencapaian alumni dalam pelbagai sektor yang diceburi. Kajian ini juga mendapati bahawa alumni IQDAR telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan pengajian tahfiz al-Quran serta peranan yang dimainkan oleh alumni dalam masyarakat khususnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

‘Imaaduddin Abdul Halim, Ahmad Termizi Ab Lateh, & Zulkifli Dahalan. (2023). PENCAPAIAN INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR) DAN SUMBANGAN ALUMNI DALAM PENGEMBANGAN PENGAJIAN AL-QURAN DI MALAYSIA. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1876