KESAN MAIN TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Authors

  • Wan Nur Ainna Waheda binti Rozali
  • Nurulafzan binti Sa’ari
  • Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail

Abstract

Masa kini, kanak-kanak dilihat menjadi salah satu golongan yang mudah untuk mempunyai masalah kesihatan sekaligus menjadikan mereka berisiko mempunyai penyakit dewasa kelak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan objektif kajian adalah untuk melihat kesan main terhadap perkembangan kanak-kanak. Terdapat pelbagai intervensi, program dan kaedah melibatkan main dalam kalangan kanak-kanak yang telah dijalankan oleh pihak berwajib bagi memastikan kanak-kanak berkembang dengan baik, kekal sihat dan aktif. Antara pendekatan yang boleh dijalankan oleh guru dan ibu bapa tanpa melibatkan kos yang tinggi serta masa yang lama untuk menyediakan persekitaran bermain adalah dengan memberikan kanak-kanak peluang untuk main. Kesan main dalam kalangan kanak-kanak memberikan impak yang penting terhadap perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan emosi dan perkembangan sosial kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Wan Nur Ainna Waheda binti Rozali, Nurulafzan binti Sa’ari, & Raja Nurul Hafizah binti Raja Ismail. (2023). KESAN MAIN TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1874