APLIKASI KAEDAH TASARRUF AL-IMAM ‘ALA AL-RA’IYYAH MANUTUN BI AL-MASLAHAH DENGAN PENGURUSAN INSTITUSI BAITULMAL DALAM MENGURUSKAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH

Authors

  • Nurul Athirah Mohd Azmi
  • Musfirah Mohamed Mokhtar
  • Abdul Halim Abdul Karim
  • Saad Al-Moghazy Abdel Moaty
  • Mohd Zawavi Zainal Abidin

Abstract

Harta Tidak Patuh Syariah merujuk kepada apa-apa jenis harta yang diperolehi melalui cara yang bertentangan dengan syarak. Harta ini perlu disucikan oleh umat Islam kerana ia merupakan harta yang diperolehi dengan jalan batil. Hasil keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009 mengatakan harta tersebut wajib disucikan mengikut beberapa kaedah dan kaedah pertama adalah dengan menyerahkannya kepada Institusi Baitulmal. Setakat ini, harta tidak patuh syariah ini diuruskan oleh Institusi Baitulmal. Walau bagaimanapun, pengurusan Institusi Baitulmal berkenaan harta tidak patuh syariah masih tidak mempunyai garis panduan yang lengkap dan menyeluruh. Sedangkan semua maklum perkara ini adalah dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri dalam menguruskan harta tidak patuh syariah berdasarkan maslahah ammah. Justeru, kajian ini ingin menganalisis salah satu cabang kaedah fiqh iaitu kaedah Tasarruf Al-Imam ‘Ala Al-Ra’iyyah Manutun Bi Al-Maslahah. Selain itu, kajian ini juga ingin mengkaji kepentingan kaedah ini dengan Institusi Baitulmal dalam menguruskan harta tidak patuh Syariah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan meneliti kaedah perpustakaan. Hasil pengumpulan data-data ini akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kaedah Tasarruf Al-Imam ‘Ala Al-Ra’iyyah Manutun Bi Al-Maslahah yang disandarkan ini penting dengan Pengurusan Institusi Baitulmal dalam menguruskan harta tidak patuh syariah. Implikasi kajian boleh dijadikan rujukan kepada Institusi Baitulmal dalam menguruskan harta tidak patuh syariah agar ianya dapat ditadbir urus dengan lebih sistematik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Nurul Athirah Mohd Azmi, Musfirah Mohamed Mokhtar, Abdul Halim Abdul Karim, Saad Al-Moghazy Abdel Moaty, & Mohd Zawavi Zainal Abidin. (2023). APLIKASI KAEDAH TASARRUF AL-IMAM ‘ALA AL-RA’IYYAH MANUTUN BI AL-MASLAHAH DENGAN PENGURUSAN INSTITUSI BAITULMAL DALAM MENGURUSKAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1865