FAKTOR KEBERGANTUNGAN KEPADA PEKERJAAN UTAMA DI KAWASAN MISKIN TEGAR DI SABAH

Authors

  • Jalihah Md Shah
  • Kee.Y.Sabariah Bte Kee Mohd Yussof

Abstract

Aktiviti ekonomi memberi manfaat kepada penduduk setempat dan mencipta peluang pekerjaan. Kajian di Kampung Tetabuan, Beluran, Sandakan mendapati pekerjaan utama penduduk adalah nelayan. Kumpulan nelayan di kawasan ini menangkap ikan dan menjualnya kepada peraih untuk dipasarkan. Keseluruhan penduduk menjadikan sumber pendapatan dari laut sebagai sumber ekonomi utama untuk menyara kehidupan seharian. Hasil temu bual bersama ketua keluarga mendapati pendapatan yang diperoleh boleh menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian dan keperluan harian, tetapi tidak mampu mengeluarkan mereka daripada kemiskinan. Istilah yang digunakan untuk menggambarkan pendapatan hasil menangkap ikan adalah “cukup-cukup makan, tidak ada lebih”. Kajian ini mendapati para informan ini masih memerlukan bantuan pihak kerajaan untuk menambah pendapatan dan membuat tabungan. Sungguh pun berada dalam keadaan miskin, para nelayan yang dikaji ini enggan mencari pekerjaan lain atau bekerja di luar kawasan kampung. Antara faktor-faktor yang menyebabkan mereka bertahan adalah kerana ikatan keluarga, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sudah tua, mewarisi pekerjaan ayah dan berkahwin dengan penduduk setempat. Walau bagaimanapun, informan mengharapkan ada perubahan dalam kehidupan dan tidak mahu anak-anak mewarisi pekerjaan sebagai nelayan. Golongan nelayan ini yakin pendidikan yang baik dapat mengubah nasib anak-anak pada masa hadapan. Sungguhpun begitu, ada segelintir ketua keluarga yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah yang terletak jauh di kawasan bandar kerana menghadapi masalah kewangan. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mereka bekerja sebagai nelayan sejak remaja lagi. Kajian ini menilai situasi yang berlaku dan mengetengahkan faktor utama kebergantungan ketua isi rumah miskin tegar kepada aktiviti nelayan di Kampung Tetabuan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Jalihah Md Shah, & Kee.Y.Sabariah Bte Kee Mohd Yussof. (2023). FAKTOR KEBERGANTUNGAN KEPADA PEKERJAAN UTAMA DI KAWASAN MISKIN TEGAR DI SABAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1864