CABARAN PROJEK BIOGAS BERASASKAN KOMUNITI DI NEGERI SABAH

Authors

  • Maine Suadik
  • Yusten Karulus
  • Bayre Suadik

Abstract

Potensi penghasilan tenaga biogas daripada bahan buangan haiwan ruminan untuk mengubah kawasan luar bandar Sabah yang masih kekurangan akses terhadap sumber tenaga elektrik yang stabil, membuka ruang untuk projek ini diangkat sebagai sebuah program pembangunan berasaskan komuniti di negeri ini. Kajian ini telah menyiasat persepsi komuniti lokal berkenaan cabaran-cabaran utama pelaksanaan projek pembangunan biogas berasaskan komuniti untuk menentukan potensinya diimplementasikan di Sabah. Bagi tujuan ini, penyelidikan kualitatif telah dijalankan di daerah Keningau dan Kota Belud. Hasil kajian menunjukkan, pemahaman komuniti yang masih terbatas berkenaan projek biogas adalah antara cabaran utama yang perlu ditangani jika projek biogas hendak dilaksanakan melibatkan komuniti. Keterbatasan pemahaman informan yang antara lain digambarkan oleh pola pandangan mereka yang cenderung memberikan respons tidak pasti, memperlihatkan terdapat keperluan untuk penglibatan komuniti diperluas dalam aktiviti perkongsian ilmu berkenaan projek biogas. Antara cabaran lain yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah permasalahan modal yang tinggi untuk memula dan menyelenggara projek, juga kekangan logistik akibat kesukaran membawa dan memindahkan peralatan berteknologi tinggi ke kawasan-kawasan luar bandar yang terpencil. Menangani cabaran pelaksanaan sesuatu program pembangunan adalah penting dilakukan pada peringkat awal pelaksanaan untuk mempertingkat potensinya mencapai matlamat yang disasarkan melalui proses penambahbaikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Maine Suadik, Yusten Karulus, & Bayre Suadik. (2023). CABARAN PROJEK BIOGAS BERASASKAN KOMUNITI DI NEGERI SABAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1862