IMPAK GLOBALISASI MEDIA TERHADAP KESEPADUAN SOSIAL DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
Abstract
Keharmonian dan kesejahteraan merupakan intipati utama dalam membentuk masyarakat. Dalam menghadapi cabaran memupuk perpaduan Belia Malaysia telah menikmati persekitaran yang kaya media di tahap yang sangat baik. Kemampuan memiliki teknologi hiburan semakin meningkat dan kadar penggunaan internet di kalangan belia juga berada di tahap yang tinggi. Era Globalisasi kini, generasi belia kini semakin menyerap budaya dunia virtual. Kesepaduan sosial adalah intipati penting dalam mengukuhkan peranan belia di Malaysia. Media merupakan tapak integrasi dalam mencapai kesepaduan. Pengisian media dan komunikasi adalah elemen dalam mengukur keberhasilan kesepaduan. Kajian ini bertujuan memberi penerangan dan penjelasan tentang penggunaan media sebagai tapak integrasi dan peranan belia dalam membentuk kesepaduan sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian tidak turut serta dan kumpulan perbincangan berfokus (FGD) dengan melibatkan 22 orang pemimpin belia di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian tidak turut serta dan kumpulan perbincangan berfokus melibatkan 22 orang belia dan pemimpin belia di Malaysia. Analisa dapatan kajian mendapati media merupakan agen perubahan dan platform terbaik kepada belia untuk berkongsi mengenai kepentingan kesepaduan sosial. Kepesatan perkembangan teknologi dalam media massa turut memberi kesan kepada perilaku individu dan masyarakat. Keprihatinan dan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan aktiviti telah membentuk aspek positif dalam tingkah laku belia. Oleh itu, penggunaan media ke arah perkara yang memberi manfaat boleh dijadikan sebagai indikator dalam membentuk kesepaduan sosial khususnya dalam kalangan masyarakat Malaysia.