TEORI PENGETAHUAN IBN TUFAIL DAN IMPLIMENTASI DALAM PENGAJARAN FIQH DI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Abstract
Mata pelajaran Fiqh merupakan satu mata pelajaran yang diajarkan pada murid-murid Darjah IV, V dan VI di peringkat persekolahan Ugama di Negara Brunei Darussalam. Adapun matlamat pengajaran Fiqh diajarkan agar murid-murid dapat mengetahui hukum-hukum syarak dan dapat melaksanakan amal ‘ibadat mengikut syari‘at Islam. Untuk menerapkan ilmu ini, guru sebagai penyampai maklumat memainkan peranan yang penting untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan iaitu antaranya guru perlu memiliki pengetahuan. Oleh itu, sumber pengetahuan antara lainnya diperoleh melalui pancaindera (pengalaman) dan akal manusia (berfikir). Ibn Tufail merupakan antara tokoh falsafah Islam Muwahhid yang mencetuskan Theory of Knowledge (teori pengetahuan). Kertas kerja ini membincangkan tentang teori pengetahuan Ibn Tufail dan implimentasi dalam pengajaran Fiqh di peringkat sekolah-sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam. Secara keseluruhannya, pembentukan pengetahuan guru-guru diperoleh melalui proses tindakan mereka mengajar mata pelajaran Fiqh di dalam bilik darjah hingga menghasilkan satu pengalaman. Seterusnya pengalaman mengajar yang diperoleh akan diproses dalam pemikiran melalui proses refleksi semula pengajaran yang telah dilakukan untuk membolehkan mereka membuat satu kesimpulan dalam usaha memperbaiki pengajaran dan mewujudkan satu siri pengajaran yang lebih berkesan.