KEPENTINGAN DAN CABARAN BAGI KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

Authors

  • Amran Bin Abdul Halim
  • Nidzamuddin Bin Zakaria
  • Muhammad Hisyamuddin Bin Kamarudin

Abstract

Pendidikan awal kanak-kanak, penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan menekankan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Oleh itu, artikel ini membincangkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam pendidikan prasekolah di Malaysia dan salah satu elemen pendidikan awal kanak-kanak iaitu perkembangan kognisi menurut persektif islam serta cabaran bagi merelisasikannnya. Kajian ini adalah berbentuk kajian perpustakaan di mana pengumpulan maklumat melalui sumber-sumber buku dan jurnal berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukan, cabaran dalam meningkatkan perkembangan kognisi kanak-kanak kerana golongan pendidik kurang kemahiran pedagogi pengajaran dan kekurangan rujukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Amran Bin Abdul Halim, Nidzamuddin Bin Zakaria, & Muhammad Hisyamuddin Bin Kamarudin. (2023). KEPENTINGAN DAN CABARAN BAGI KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1850