PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK PASCA COVID-19: KAJIAN PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN PROSEDUR DI TADIKA MUKIM TEMIN, KUBANG PASU, KEDAH

Authors

  • Mohd Akram Dahaman@Dahlan
  • Norida Minhat@Minhaj
  • Rafidah Mohamad Cusairi
  • Rukhaiyah Abd Wahab
  • Sharifah Ismail

Abstract

Pendidikan prasekolah sangat penting kepada kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan formal pada peringkat sekolah rendah. Walaubagaimanapun, pandemik Covid-19 telah memberi impak yang signifikan terhadap landskap pendidikan prasekolah di Malaysia dan seluruh dunia. Pembukaan semula institusi Pendidikan selepas pandemik Covid-19 telah mewujudkan cabaran baharu kepada semua pihak termasuklah pentadbir, guru dan para waris. Kajian ini meneliti persiapan yang perlu dilakukan oleh pihak pengusaha bagi memastikan premis dalam keadaan bersedia dan mengikuti SOP yang ditetapkan sebelum pembukaan semula pusat Pendidikan prasekolah. Selain itu kajian ini akan menganalisis bentuk kerjasama waris dan penjaga di dalam mematuhi SOP. Kajian ini menggunakan metod fenomenologi iaitu bagi memahami kehidupan berdasarkan pengalaman sebenar sesuatu peristiwa atau situasi. Kajian ini melibatkan analisis terperinci terhadap isu yang dihadapi oleh pengusaha pusat pendidikan prasekolah, termasuk pematuhan SOP oleh semua pihak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak pengusaha Tadika, guru besar dan guru, telah berjaya memenuhi keperluan SOP seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara. Kesimpulannya, kajian ini mendapati premis Tadika telah menyediakan fasiliti asas mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum membuka semula premis dengan mematuhi syarat operasi norma baharu. Kerjasama antara waris/penjaga dengan pihak sekolah dalam mematuhi SOP semasa di sekolah menunjukkan hubungan yang positif. Selain itu, kajian ini juga mendapati para pengusaha Tadika dan guru menjadi lebih bersedia, terbuka untuk meneroka peluang baharu serta mempelbagaikan kaedah pengajaran seiring dengan perkembangan semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Mohd Akram Dahaman@Dahlan, Norida Minhat@Minhaj, Rafidah Mohamad Cusairi, Rukhaiyah Abd Wahab, & Sharifah Ismail. (2023). PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK PASCA COVID-19: KAJIAN PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN PROSEDUR DI TADIKA MUKIM TEMIN, KUBANG PASU, KEDAH. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(59). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/1847